MASUK NERAKA DAN SYURGA KERANA SEEKOR LALAT

14 Oct 2014

Bismillahirrahmanirrahiim ..
Kisah Teladan - MASUK NERAKA DAN SYURGA KERANA SEEKOR LALAT
Dari Thariq bin Syihab, (beliau menceritakan) bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Ada seseorang masuk syurga kerana seekor lalat dan masuk neraka kerana seekor lalat pula.”
Para Sahabat bertanya, “Bagaimana bisa terjadi demikian, wahai Rasulullah?”
Baginda menjawab, “Terdapat dua orang yang berjalan melewati suatu kaum yang mempunyai berhala, tak seorang pun diperkenankan melewati berhala itu sebelum memberikan sesuatu.
Mereka berkata kepada salah seorang dari kedua lelaki tersebut, “Berikanlah korban kepada berhala itu!” Dia menjawab, “Aku tidak mempunyai apa-apa untuk berkorban.”
Mereka berkata lagi, “Berikanlah korban sekalipun dengan seekor lalat.” Kemudian dengan seekor lalat itu, ia memberikan sesaji dan oleh mereka diperkenankan ia meneruskan perjalanannya. Kerana perbuatannya, ia kemudian masuk neraka!
Kemudian mereka berkata kepada yang seorang lagi, “Berikanlah korban!” Orang yang kedua ini menjawab, “Aku tidak akan berkorban sedikit pun kecuali kepada Allah subhanahu wa ta’ala. Kemudian ia memenggal leher orang itu, dan ia masuk syurga.”
Status Hadits:
Dikeluarkan oleh Imam Ahmad dalam Az Zuhud, hal. 15, dari Thariq bin Syihab dari Salman Al Farisi radhiyallahu ‘anhu. Hadits tersebut dikeluarkan pula oleh Abu Nu’aim dalam Al Hilyah 1: 203, Ibnu Abi Syaibah dalam mushonnafnya 6: 477, 33028. Hadits ini mauquf shahih, hanya sampai sahabat. Lihat tahqiq Syaikh ‘Abdul Qodir Al Arnauth terhadap Kitab Tauhid karya Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab hal. 49, terbitan Darus Salam.
Al Hafizh mengatakan bahawa jika Thariq bertemu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka ia adalah sahabat. Kalau tidak terbukti ia mendengar dari Nabi, maka riwayatnya adalah mursal shohabiy dan seperti itu maqbul atau diterima menurut pendapat yang rojih (terkuat). Ibnu Hibban menegaskan bahawa Thariq wafat tahun 38 H. Lihat Fathul Majid, hal. 161, terbitan Darul Ifta’.
Beberapa faedah dari hadits di atas:
1. Hadits di atas menunjukkan bahaya syirik walau pada sesuatu yang dinilai kecil atau remeh.
2. Jika sesaji dengan lalat saja bisa menyebabkan masuk neraka, bagaimana lagi dengan unta, atau berqurban berkorban untuk mayit atau selain itu.
3. Syirik menyebabkan pelakunya masuk neraka sedangkan tauhid menghantarkan pada syurga.
4. Seseorang bisa saja terjerumus dalam kesyirikan sedangkan ia tidak mengetahui bahawa perbuatan tersebut syirik yang menyebabkan dia terjerumus dalam neraka nantinya.
5. Hadits tersebut juga menunjukkan bahayanya dosa walau dianggap sesuatu yang kecil. Anas radhiyallahu ‘anhu mengatakan, “Kalian mengamalkan suatu amalan yang disangka ringan, namun kami yang hidup di masa Nabi shallallahu ‘alami ni wa sallam menganggapnya sebagai sesuatu petaka yang amat besar.”
6. Orang tersebut masuk neraka kerana amalan yang awalnya tidak ia maksudkan, ia hanya ingin lepas dari kejahatan kaum yang memiliki berhala tersebut.
7. Seorang muslim yang melakukan kesyirikan, batallah islamnya dan menyebabkan ia masuk neraka kerana laki-laki yang diceritakan dalam hadits di atas adalah muslim.
Makanya di dalam hadits disebutkan, “Seseorang masuk neraka kerana lalat.” Ini bererti sebelumnya dia adalah muslim.
8. Hadits ini menunjukkan bahawa sembelihan, penyajian tumbal, sesaji adalah ibadah. Jika ada yang memalangkan ibadah tersebut pada selain Allah, maka ia terjerumus dalam syirik akbar yang mengeluarkan dari Islam.
9. Hadits di atas menunjukkan keutamaan, keagungan dan besarnya balasan tersebut.
10. Hadits tersebut juga menunjukkan keutamaan sabar di atas kebenaran dan ketahuidan.

Semoga kita senantiasa memurnikan tauhid. Tauhid itu ibarat golden tiket untuk bisa masuk ke dalam syurgaNya. Sebesar dosa apa yang kita lakukan, jika masih murni bertauhid kepada Allah maka masih ada kesempatan masuk syurga. Tetapi meskipun banyak berbuat baik tetapi mati dalam keadaan tidak bertauhid kepada Allah, maka sudah tertutup pintu ke syurga. Wallahu’alam..


TAGS


-

Author

Follow Me

Search

Recent Post